Berapa kos repair atap bocor di Semenyih dan Beranang?
Lawatan tapak dan pemeriksaan bumbung adalah percuma — tiada call-out fee. Kerja waterproofing bermula RM12 sekaki persegi (spray coating) dan RM15 sekaki persegi (torch-on membrane). Harga tepat diberi secara bertulis selepas kami periksa bumbung anda.
Berapa cepat Atapman boleh datang untuk site visit?
Kami berpangkalan di Semenyih, jadi Semenyih dan Beranang adalah kawasan paling dekat dengan kami. Selalunya site visit boleh diatur dengan cepat — WhatsApp gambar dan lokasi bumbung untuk kami semak jadual.
Kawasan mana yang Atapman cover?
Fokus kami ialah Semenyih (Pekan Semenyih, Eco Majestic, Setia EcoHill, Bandar Rinching, Taman Tasik Semenyih, Broga) dan Beranang (Pekan Beranang, Bandar Tasik Kesuma, Sungai Kembong). Kami juga terima kerja di Kajang, Bangi, Pajam, Lenggeng, Mantin dan Nilai — WhatsApp lokasi untuk pengesahan.
Boleh dapat anggaran harga tanpa site visit?
Boleh. Hantar gambar bumbung, siling yang bocor dan lokasi anda melalui WhatsApp. Kami beri cadangan awal dan anggaran kasar dahulu, kemudian sebut harga penuh selepas site visit.
Ada warranti untuk kerja bumbung?
Kerja baiki perabung datang dengan warranti 6 bulan. Untuk kerja lain, skop kerja dan jangka hayat bahan diterangkan dalam sebut harga sebelum kerja bermula.
Atapman terima kerja kecemasan bila atap bocor teruk?
Ya. Bila air dah masuk ke siling atau pendawaian, WhatsApp atau call kami terus. Kami cuba susun lawatan secepat mungkin untuk kawasan Semenyih dan Beranang.
Boleh buat kerja bumbung untuk kedai, kilang atau pejabat?
Boleh. Kami sediakan sebut harga bertulis dan invois rasmi untuk premis perniagaan, kedai dan kilang di sekitar Semenyih dan Beranang.